Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan rakan penganjur lain menjemput semua pelajar berdaftar disemua peringkat pengajian dan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menyertai pertandingan mereka cipta video pendek sempena Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Video pendek perlu diserahkan menerusi emel ke andikawahab@ukm.edu.my dan nira@ukm.edu.my selewat-lewatnya 1 Ogos 2025 (Jumaat).
Rujuk syarat-syarat penyertaan seperti dilampirkan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr Andika Ab.Wahab (andikawahab@ukm.edu.my) atau Dr Norinah Mohd Alia (nira@ukm.edu.my).
Hadiah
• Pemenang: RM1,500 (hanya seorang pemenang)
• Saguhati: RM300 (tiga orang penerima saguhati)
• Semua peserta akan menerima sijil penyertaan.
• Syarat penyertaan adalah seperti di lampiran poster
Seorang Pemenang dan tiga penerima saguhati akan dijemput menghadiri “The 7th ASEAN Economic Integration Forum (AEIF)” bagi menerima hadiah sempena Hari ASEAN yang akan disambut pada 8 Ogos 2025 bertempat di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kuala Lumpur.