Sukacita dimaklumkan Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-UKM) akan menganjurkan Program Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Siri 4/ 2025 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 22 Julai 2025 (Selasa)
Masa : 8.00 Pagi - 4.30 petang (Tertakluk seperti dalam jadual)
Tempat : Aplikasi Zoom Meeting
Sasaran Peserta : Staf Akademik UKM (yang masih belum megambil program pensijilan ini)
Program ini diselaraskan mengikut keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang telah mengemaskini dokumen Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (Standards: Master’s and Doctoral Degree) SMDD 2021.
Sehubungan itu, Program Pensijilan ini merupakan Program wajib kepada ahli Akademik UKM yang masih belum mengambil program ini. Program ini akan dianjurkan secara bersiri.
Ahli Akademik boleh memohon Program ini di Sistem Pengurusan Pembangunan Bakat UKM (UrusBakat) di pautan https://appsmu.ukm.my/urusbakat/
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, tuan/puan boleh menghubungi urus setia program iaitu Encik Mohd Fikri/ Dr. Hazlina Mohd Miskam di talian 03-89214767/ 5466 atau melalui emel ke fiqry@ukm.edu.my/drhazlina@ukm.edu.my.