Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Perpustakaan Kanak-Kanak SUKMANITA akan menganjurkan Program Cuti Sekolah : Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur.
Maklumat Program
Tarikh : 3 Jun 2025 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Galeri Kadokawa, Gempak Starz & Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur
Maklumat Penyertaan
- Penyertaan terbuka kepada anak-anak yang berumur 9 - 15 tahun sahaja
- Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan
- Penyertaan terhad kepada 40 orang sahaja
- Yuran penyertaan: RM35.00 (Anak Ahli); RM40.00 (Anak Bukan Ahli)
- Pendaftaran dan bayaran perlu dijelaskan selewat-lewatnya 29 Mei 2025
Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Puan Maslia - 013 299 6649
Jangan lepaskan peluang ini untuk memberikan pengalaman berharga kepada anak-anak sepanjang cuti sekolah.