Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di organisasi kami bagi jawatan seperti berikut:
(i) Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F9) secara kontrak
(ii) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Gred FA5) secara kontrak.
Penempatan:
Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM)
Kampus Bangi
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Calon yang berminat dan berkelayakan, sila lengkapkan maklumat diri dan hantarkan resume/CV terkini serta salinan sijil akademik melalui pautan: https://tinyurl.com/JawatanKosongAKADEMIK2025.
Tarikh tutup permohonan: 6 Jun 2025 (Jumaat)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-89118024 atau e-mel kepada tpakad@ukm.edu.my.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri sesi temubual. Sekiranya calon tidak menerima sebarang maklumat selepas satu (1) bulan) dari tarikh tutup permohonan, calon dianggap gagal melepasi saringan pertama.