Terima kasih di atas pembelian T-Shirt Edisi Khas Sempena Sambutan Ulang tahun UKM ke-55.
Sukacita dimaklumkan, semua warga yang telah membuat pembelian T-shirt Edisi Khas UKM 55 tahun boleh membuat pengambilan T-Shirt seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 26 Mei 2025 (Isnin)
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
Sila kemukakan bukti bayaran semasa urusan pengambilan t-shirt. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi: e-mel: amzarazizol@ukm.edu.my atau 03-8921 5075.
Bagi warga UKM yang berminat dan belum mendaftar, boleh hadir secara walk-in pada hari program berlangsung. Jom sama-sama memeriahkan sambutan ulang tahun Jubli Zamrud UKM ke-55
Sekian, perhatian dan kerjasama amatlah dihargai. Terima kasih atas sokongan anda.