Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan sukacitanya menjemput semua pelajar, kakitangan dan pesara UKM untuk menyumbang penulisan artikel bagi penerbitan khas bertajuk:
Anekdot Perpustakaan UKM: Rakaman Kisah dan Nostalgia.
Penerbitan ini bertujuan menghimpunkan kisah-kisah santai, lucu, unik atau menyentuh hati yang berlaku di Perpustakaan UKM – yang mengandungi mesej dan pengajaran bermanfaat untuk dikongsi bersama generasi masa kini dan akan datang.
Kriteria penyertaan:
Terbuka kepada pelajar, kakitangan dan pesara UKM
Tarikh akhir penghantaran artikel:
15 Jun 2025
Pautan penghantaran artikel:
https://bit.ly/anekdotpukm
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk poster yang dilampirkan bersama emel ini.
Jom menulis dan abadikan kenangan anda bersama Perpustakaan UKM.