Dimaklumkan, bahawa Zakat Universiti membuka ruang permohonan bagi Bantuan Zakat Persediaan Pengajian Tinggi 2025, khusus buat anak-anak kepada warga kakitangan UKM yang akan melangkah ke alam pengajian tinggi
Permohonan ini terbuka kepada anak-anak yang bakal menyambung pengajian di peringkat berikut:
• Ijazah Sarjana Muda
• Diploma
• Matrikulasi
• Asasi / Pra-Universiti
• Sijil / Tingkatan 6 / SKM
Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga semasa pendaftaran masuk ke institusi pengajian, di samping menjadi galakan kepada anak kakitangan agar terus bersemangat dalam menuntut ilmu
Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi Sistem e-Prihatin UKM di pautan berikut:
(sila klik URL di bawah)
Tempoh permohonan: 1 Ogos – 31 Oktober 2025